TERIMA KASIH KERANA MELAWAT BLOG U&Me 2013

Tuesday, December 13, 2011

Perkawinan Yang Pelik



1.Berkawin Dgn Si Mati
Maut tidak akan dapat memisahkan cinta sejati. Begitulah yang dialami Jaskiewicz Magali dan Jonathan George. Pasangan kekasih ini tetap melangsungkan pernikahan meskipun pengantin lelaki telah meninggal dunia lebih setahun. Pasangan yang telah menjalin hubungan cinta selama enam tahun itu awalnya bercadang menikah di sebuah dewan bandaraya di Perancis pada November 2008. Namun, George mati dalam kemalangan motorsikal dua hari menjelang perkahwinan. Setahun berlalu, Magali tidak dapat melupakan rasa cintanya terhadap George. Dengan sokongan keluarga dan sahabat, wanita 32 tahun itu nekad melangsungkan pernikahan dengan foto George di sebuah dewan bandaraya di Dommary-Baroncourt,timur Perancis, pada November 2009.

2.Kahwin Dengan Menara Eiffel
Erika 39 tahun, merupakan seorang bekas tentera yang tinggal di San Francisco. Beliau memang telah lama mempunyai pengalaman jatuh cinta terhadap benda. Mulanya, Erika tergila-gilakan Lance, sebuah anak panah yang membantunya menjadi seorang pemanah. Rasa cintanya kemudian beralih pada Tembok Berlin. Beliau mendakwa dirinya memiliki hubungan fizik dengan sepotong pagar yang beliau simpan di dalam bilik. Tetapi Menara Eiffel merupakan pilihan terakhirnya. Majlis perkahwinannya sederhana sahaja dan  dihadiri sanak saudara pada 4 Jun 2008. Beliau mengucap cinta dan janji setia. Sempena perkahwinannya, Erika menggunakan nama ‘Erika La Tour Eiffel’.

3. Kawin Dgn Diri Sendiri
Seorang lelaki di China berkahwin dengan dirinya sendiri dengan alasan untuk mengekspresikan kekecewaan atas kenyataan hidupnya.
Liu Ye, 39 tahun,  berasal dari Zhuhai City berkahwin dengan replika dirinya yang dibuat daripada styrofoam yang lengkap disolek dan dikenakan pakaian pengantin wanita.
"Banyak alasan mengapa saya melakukan itu, tapi alasan yang utama adalah untuk menunjukkan kekecewaan saya atas kenyataan hidup," ujarnya.
"Perkahwinan ini membuat saya merasa menjadi lebih hidup kerana definisi perkahwinan ini berbeza dengan orang lain pada umumnya," tambahnya.
Upacara perkahwinannya dilakukan dengan mengamalkan adat tradisional China, yang dihadiri lebih dari 100 tetamu.



4.Kawin Dengan RoBot R2D2
Seorang wanita bernama Bonnie Burton menjadikan watak atau robot R2-D2 daripada filem Star Wars sebagai pasangannya pada 13 Ogos (tahun tak pasti). Dan pasangan ini telah di nikahkan sendiri oleh Darth Maul pada upacara tersebut. Semakin maju teknologi kehadapan, semakin pelik tingkah laku manusia dekad ini


5.Kawin dengan Bantal
Cinta sejati tidak mengira bentuk dan rupa. Seperti yang dialami Lee Jin-gyu, lelaki yang berasal dari Korea ini memberanikan diri menikahi bantal ‘dakimakura’ kesayangannya yang dilekatkan gambar karakter anime. Bantal kesayangan Lee menampilkan karakter ‘Fate Testarossa’, yang diambil dari siri anime ‘gadis ajaib’ iaitu Mahou Shoujo Lyrical Nanoha. Pemuda 28 tahun yang diberi nama jolokan ‘otaku’ ini menikahi ‘mempelainya’ yang muncul dengan gaun pengantin. Perkahwinan pelik ini diadakan dengan sangat serius, lengkap dengan jurunikah dalam sebuah upacara khas dan mendapat liputan meluas dari pelbagai media.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers