TERIMA KASIH KERANA MELAWAT BLOG U&Me 2013

Monday, September 27, 2010

Nyamuk oh Nyamuk


Sesiapa ternak nyamuk di rumah cepat-cepat la bersihkan tempat pembiakan nyamuk.
harga nyamuk sekarang ni dah mahal.. RM 500.00 - 1 ekor.
Bayangkan ada 10 ekor dirumah anda... 10 x Rm 500.00 = Rm 5000.00.
banyak bukan jumlah tersebut..macam-macam boleh beli..silap-silap kalah gaji sebulan.

Bagi yang nak buat duit poket pun boleh..hehehe.
rajin-rajin la buat lawatan tidak rasmi ke rumah kawan-kawan anda dan laporkan la sekiranya
rakan anda penternak nyamuk ades..heheheh...




" KATA KAN TIDAK KEPADA NYAMUK AEDES "


Tempat pembiakan nyamuk aedes

  1. Dalam Rumah
    1. Akuarium
    2. Perangkap semut
    3. Pasu Bunga
    4. Timba
    5. Tempayan
    6. Kolam (kolah) mandi
    7. Tempat air peti sejuk
  2. Luar Rumah
    1. Tayar buruk
    2. Tempurung kelapa
    3. Botol/gelas pecah yang mengandungi air
    4. Salur air hujan
    5. Tempayan
    6. Pokok Pisang
    7. Pokok Keladi
    8. Longkang yang tersekat
    9. Tangki septik (terdedah)

Pencegahan pembiakan nyamuk aedes

  1. Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru
  2. Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk
  3. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur
  4. Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam
  5. Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir
  6. Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk
  7. Peliharalah ikan seperti Ikan Gupi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.
  8. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers