TERIMA KASIH KERANA MELAWAT BLOG U&Me 2013

Thursday, September 23, 2010

Bendera tuntut Duta Malaysia tinggalkan Indonesia?????

JAKARTA: Kira-kira 500 orang bermotosikal mengadakan protes di depan kediaman Duta Malaysia di Jakarta, semalam, bagi mengutuk penderaan ke atas pembantu rumah yang berlaku baru-baru ini.

Mereka dilaporkan mengepung rumah Duta Malaysia, Syed Munshe Afdzaruddin, dan menuntutnya meninggalkan Indonesia dalam tempoh dua hari.

Penunjuk perasaan juga mengancam untuk mengusir mana-mana warga Malaysia yang ditemui di kompleks beli-belah berhampiran.

Jurucakap Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) berkata, jika duta itu gagal keluar dari Indonesia, mereka akan menggeledah rumahnya bagi memindahkan semua barangan di dalamnya.

“Malaysia benar-benar melampau dan sekali lagi mendera serta merogol pembantu rumah kita. “Kami hilang sabar kerana Malaysia terus menghina Indonesia dan warganya,” katanya. - AFP


Bagaimana Pula Dengan Pelbagai Masalah yang Di Lakukan

Oleh Rakyat Indonesia di Malaysia....

- Kes Bunuh.

- Kes Pecah Rumah.

- Kes Rompak dan Bunuh.

- Kes Rompak dan Rogol.


Hanya kerana Nila setitik rosak susu sebelanga..


Sama-sama la kita berkerjasama untuk membenteras segala masalah.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers