Showing posts with label Macam-Macam. Show all posts
Showing posts with label Macam-Macam. Show all posts
Tuesday, January 22, 2013
Macam-Macam - Beg Sekolah 1 Malaysia
Gambar ini telah diupload oleh seorang hamba Allah yang mana menceritakan bahawa beg ini diberi kepada anak saudaranya yang mendaftar darjah 1 beserta wang RM100. Berikut merupakan kenyataan tuan empunya gambar yang diambil dari FB page SukanStar.
#anak sedara gua masuk darjah 1 tahun ni..lu orang tau apa dia dapat..rm100 berserta beg 1 malaysia..lu orang boleh tengok gambar ni..di sebalik satu sudut..ada lambang UMNO/BN..come on lah..tak kan bagi beg pada budak darjah 1 sampai nak letak lambang parti kot..celaka apakah pemikiran ini..terdesak sangat pun jangan lah pada beg budak darjah 1 sampai nak design macam ni..
#jangan cakap gua edit gambar ni..gua snap sendiri ni..tak percaya..pergi cari beg budak darjah 1..cek sendiri..
Sumber - Klik DiSini
Labels:
Macam-Macam
Wednesday, January 16, 2013
Penghargaan untuk Tuntutan paling bodoh di Amerika
Tahukah anda ? Sebuah penghargaan bernama Stella Award diberikan untuk Tuntutan paling bodoh di Amerika. Mereka mendapat ganti rugi besar kerana perbuatan bodoh mereka sendiri.Nama Stella Award sendiri berasal dari Stella Liebeck.
Nenek berusia 81 tahun ini menumpahkan kopi yang dibelinya di McDonald ke dirinya sendiri. Liebeck membuat tuntutan mahkamah terhadap McDonald dan dinyatakan menang. Kes Stella ini memberi ilham terhadap kewujudan penghargaan ini. Para calon untuk Stella award adalah:
1. Kathleen Robertson dari Texas. Robertson memenangi ganti rugi dari dewan juri sebanyak $780.000 setelah dia membuat tuntutan terhadap sebuah kedai perabot.Robertson menuntut kedai itu kerana pergelangan kakinya patah setelah tersandung kanak-kanak lelaki yang berlarian di dalam kedai tersebut.Pemilik kedai perabot sangat terkejut terhadap isi keputusan tersebut,memandang kanak-kanak lelaki yang “tersandung” itu adalah anak kandung Robertson sendiri.
2. Carl Truman dari Los Angeles.lelaki berusia 19 tahun ini memenangi ganti rugi sebanyak $74.000 dan kos perawatan kesehatan setelah jirannya melindas tangannya dengan Honda Accord. Truman nampaknya tidak menyedari bahwa jirannya pemilik Accord tersebut sedang memegang stereng kereta itu ketika Truman berusaha mencuri velg kereta tersebut.
3. Terrence Dickson dari Bristol , Pennsylvania. Dickson sedang berusaha meninggalkan rumah yang baru saja dia rompak dengan melewati pintu garaj. Namun, dia tidak boleh membuat pintu garaj automatik itu membuka ke atas kerana pintu itu rosak. Dickson juga tidak boleh kembali ke rumah itu.kerana ketika dia menutup pintu yang menghubungkan garaj dengan rumah, pintu itu terkunci secara automatik.
kerana keluarga pemilik rumah itu sedang bercuti, Dickson terkurung di garaj selama lapan hari dan bertahan hidup dengan meminum Pepsi dan makan makanan anjing yang dia temukan di garaj.Dickson pencuri itu membuat tuntutan terhadap pemilik rumah dan mendakwa bahwa kejadian itu mengakibatkan dia menderita gangguan mental yang hebat. Dewan juri sepakat untuk memberi Dickson $500.000.
4. Jerry Williams dari Little Rock , Arkansas .Dia memenangi ganti rugi $14.500 dan biaya perawatan kesehatan setelah punggungnya digigit oleh anjing jirannya. Anjing itu sendiri terantai di depan rumah jirannya. Award tersebut layak untuk diberikan kepada Williams. Juri berpendapat bahwa anjing tersebut mungkin sedikit terpengaruh oleh tindakan William yang ketika itu menembak anjing itu dengan senapang angin berkali-kali.
5. Amber Carson dari Lancaster, Pennsylvania. Sebuah restoran di Philadelphia diperintahkan untuk membayar pada Carson sebanyak $113.500 setelah ia terjatuh di genangan air minuman ringan yang menyebabkan tulang lengannya patah. Minuman itu berada di lantai kerana Carson membaling minuman itu pada kekasihnya ketika bertengkar 30 minit sebelumnya.
6. Kara Walton dari Delaware. Walton berjaya membuat tuntutan terhadap sebuah night club ketika dia terjatuh ke lantai dari tingkap tandas awam night club tersebut. Kejadian itu menyebabkan patahnya dua gigi depan Walton. Kejadian itu terjadi ketika dia mencuba menyelinap melalui tingkap tandas demi menghindari membayar cover charge sebanyak $3.50.Dia diberi ganti rugi sebanyak US $12.000 dan biaya perawatan gigi.
DAN PEMENANGNYA ADALAH :
Merv Grazinsky dari Oklahoma City. Pada November 2001, Grazinsky membeli sebuah kereta caravan Winnebago sepanjang sekitar 9 meter. Dalam perjalanan pertamanya menuju ke rumah, dia melalui jalan tol, mendengar radio sambil memandu dengan kelajuan pada 70 mph.Lalu dengan selamba, Grazinsky meninggalkan bangku pemandu ke belakang untuk membuat secawan kopi .
Tidak mengherankan, kendaraan itu keluar dari jalan tol kemudian berlanggar dan tergolek. Grazinsky membuat tuntutan terhadap Winnebago kerana tidak menyebutkan dalam buku petunjuk manual bahwa kenderaan itu tidak boleh melakukan hal tersebut .Dia mendapat ganti rugi sebanyak $1.750.000 ditambah sebuah Winnebago baru . Akibat kes ini, Winnebago akhirnya mengubah buku petunjuk manualnya.
Sumber-Klik DiSini
Labels:
Macam-Macam
Tuesday, January 15, 2013
Mengapa Doktor Bedah Memakai Baju Hijau
Selalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa?
Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.
Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.
Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.
Melihat warna merah secara terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak mengurangkan sensiviti terhadap variasi warna merah.
Alasan lainnya adalah, terus-menerus fokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor.
Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.
Sumber-Klik DiSini
Labels:
Macam-Macam
Monday, January 14, 2013
Lorong Sempit
Pernah anda terbayang ada jalan seperti ini di negara kita siap dengan lampu trafik untuk pejalan kaki sungguh melucukan, inilah namanya pembagunan kalau tidak dibuat dengan teratur, tempat yang sepatutnya jalan, dibuat bangunan
Sumber-Klik DiSini
Labels:
Macam-Macam
Sunday, January 13, 2013
Ibu ini Melahirkan Seramai 69 Orang Anak
SERIUS : IBU INI MELAHIRKAN SERAMAI 69 ORANG ANAK | Siapakah gerangan wanita yang memiliki anak terbanyak di dunia yang dilahirkan daripada rahim sendiri?
Tidak ada maklumat yang jelas tentang wanita ini. Yang pastinya beliau ialah isteri pertama Feodor Vassilyev (1707-1782), seorang petani dari daerah Shuya, Rusia.
Dia dikatakan telah melahirkan seramai 69 orang anak, antaranya beberapa orang anak kembar dua, bayi triplets (kembar tiga), dan bayi quadruplets (kembar empat).
Wanita ini adalah isteri pertama Feodor Vassilyev yang dikatakan telah membunuh diri atas sebab yang tidak diketahui. Feodor kemudiannya berkahwin lain, dan hebatnya dia berjaya memujuk isteri keduanya untuk mengurus 69 orang anaknya.
Fakta yang menarik lagi, dari 69 kelahiran, yang selamat adalah 67 orang. Jika setiap daripada anak itu menghasilkan 2 orang anak lagi (jumlah yang sangat rendah untuk standard zaman dahulu), dan jika dari 2 anak tersebut menghasilkan 2 orang anak lagi, dan dengan perkiraaan jarak antara generasi sekitar 25 tahun, maka ketika ini keturunan Feodor sudah mencapai 70 ribu orang!!
Sumber - Klik DiSini
Labels:
Macam-Macam
Malang itu Juga Boleh BERBAU!
Foto penumpang bas berlumuran tahi kini menjadi ‘viral’ apabila tersebar secara meluas di internet setelah sebuah bas awam terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori najis di China baru-baru ini.
Kemalangan tersebut berlaku pada 2 Januari lalu dan ia sempat dirakamkan jurugambar amatur yang kebetulan lalu di tempat kejadian.
Difahamkan, bas tersebut merempuh belakang lori tersebut hingga menyebabkan tangkinya pecah
Malang sekali kumbahan tersebut melimpah masuk ke dalam bas hingga menyebabkan sekurang-kurangnya lapan penumpang terpaksa ‘bermandi’ najis!
Mereka kemudiannya dihantar ke hotel berhampiran dan diberikan sepasang pakaian baru serta wang pampasan sebanyak RM488 seorang.
Namun antara komen yang paling banyak diterima oleh kesemua mangsa bukanlah simpati, tetapi ‘galakan’ agar mereka membeli loteri!
Sementara itu agensi berita Xinhua melaporkan, pihak mereka mendapat pengesahan yang ‘najis’ itu adalah sisa makanan yang telah diproses untuk dijadikan makanan babi.
Apapun pakar bahasa kini mungkin perlu mengkaji balik peribahasa ‘malang tak berbau’ kerana kejadian ini menunjukkan - adakalanya malang itu juga boleh BERBAU!
Labels:
Macam-Macam
Ular Sawa ‘Tumpang’ Pesawat
Ular Sawa ‘Tumpang’ Pesawat - Sydney : Penumpang pesawat dari Australia ke Papua New Guinea terkejut melihat ke luar tingkap kabin apabila mendapati seekor ular besar berada di atas sayap kapal terbang itu.
Ular sawa sepanjang tiga meter itu kelihatan selama sejam di pesawat Qantas antara Cairns di utara Queensland dan ibu negara Papua New Guinea, Port Moresby, kelmarin.
Selepas separuh perjalanan ke Papua New Guinea penumpang melaporkan melihat ular tergantung pada sayap pesawat, kata jurucakap Qantas mengenai ular yang boleh membesar mencapai 8.5 meter panjang.
Seorang anggota krew memberitahu media Australia reaksi awal apabila kehadiran reptilia itu mula dilaporkan adalah anda pasti bergurau.
Penumpang tidak diundang itu dipercayai memasuki pesawat dari kawasan bakau yang mengelilingi lapangan terbang di Cairns.
Qantas berkata, tiada impak ke atas operasi keselamatan pesawat disebabkan kehadiran ular itu.
Pesawat Bombardier Q400 dibenarkan menyambung penerbangan selepas mendarat di Port Moresby.
Ular itu ditemui mati sebaik tiba. – REUTERS
Labels:
Macam-Macam
Monday, January 7, 2013
10 WANITA PALING KEJAM dan GANAS DI DUNIA!
Senarai 10 Wanita Paling Kejam | Senarai 10 wanita paling kejam dalam sejarah dunia. Senarai wanita kejam ganas dan sadis. Tengok muka diorang pun dah tahu!
1. Elizabeth Bathory
Born: 1560; Died: 1614
Countess Elizabeth Bathory dianggap pembunuh paling terkenal bersiri dalam sejarah Hungary / Slovakia. Khabar angin telah sebar selama bertahun-tahun tentang hilang gadis petani; menawarkan kerja di istana, mereka tidak pernah dilihat lagi. Salah satu khabar angin ini sampai ke telinga Raja Mathias II, yang menghantar pihak lelaki kepada Csejthe Istana besar-besaran.
Pihak pengintip mendapati seorang gadis mati dan satu nazak,ditemui lagi cedera dan lain-lain dikunci. Digambarkan kekejaman, yang dikutip dari keterangan saksi, termasuk; dipukul teruk dalam tempoh masa yang panjang, penggunaan jarum, pembakaran atau pencacatan tangan, ada juga muka dan kemaluan, menggigit pipi, tangan dan lain-lain bahagian badan, dan kebuluran mangsa.
Jumlah mangsa dianggap dalam beratus-ratus orang yang berlaku dalam tempoh 25 tahun. Disebabkan status sosial dia tidak pernah dibawa ke mahkamah tetapi masih di bawah tahanan rumah di dalam bilik tunggal sehingga kematiannya. Idea bahawa Countess bermandikan darah mangsa beliau adalah cerita rakyat, dan salah satu daripada beberapa perkara yang dia ketahui.
2. Katherine Knight
Born: 1956
Wanita pertama Australia telah dihukum seumur tanpa parol, Katherine Knight mempunyai sejarah keganasan dalam perhubungan kekeluargaan. Satu hubungan yang panas dengan bekas suaminya John Charles Thomas Price menjadi pengetahuan umum dengan Perintah Keganasan diberkas bahawa Price telah difailkan terhadap Knight dan berakhir dengan menikam Price Knight hingga mati dengan pisau daging.
Beliau telah menikam sekurang-kurangnya 37 kali, kedua-dua depan dan belakang, dengan banyak luka yang menembusi organ-organ penting. Beliau kemudian menyiat kulit suaminya dan menggantungnya di raung tamu. Memotong kepalanya dan memasukkannya ke dalam periuk sup, bakar punggung beliau, dan memasak anggota badan suami dan dihidang untuk anak-anaknya, bernasib baik ditemui oleh polis sebelum mereka tiba di rumah.
3. Irma Grese(1923-1945)
Satu lagi produk penyelesaian yang terakhir Nazi, Irma Grese atau "Bitch Belsen" adalah seorang pengawal di kem-kem tahanan Ravensbrück, Auschwitz dan Bergen-Belsen. Dipindahkan ke Auschwitz pada tahun 1943, (dia telah menunjukkan semangat tertentu dan dedikasi untuk kerja), dia telah dinaikkan pangkat kepada Penyelia Kanan, perempuan ke-2 tertinggi kedudukan dalam kem, menjelang akhir tahun.
Dalam bertanggungjawab bagi mengawal lebih 30,000 banduan wanita Yahudi, Irma melakukan kekejaman dengan menyeksa banduan seperti membiarkan anjing mengigit banduan sehingga mati, membunuh dan merotan. Irma Grese juga telah menembak banduan dengan bebas, menghantar banduan kedalam bilik gas beracun yang mengakibatkan banyak banduan yang mati dan mengalami masalah mental dan fizikal.
4. Ilse Koch(1906-1967)
Dikenali dengan jolokan"Die Hexe von Buchenwald" Witch Buchenwald, atau "Buchenwälder Schlampe" Bitch Buchenwald, IIse Koch adalah isteri Karl Koch, komander kem-kem tahanan Buchenwald 1937-1941, dan Majdanek 1941-1943.
Ilse Koch, sangat gila kuasa yang diberikan oleh suaminya, dia bebas menyeksa tahanan dengan kejam. Dia membunuh diri dengan menggantung dirinya di penjara wanita Aichach pada 1 September 1967.
5. Mary Ann Cotton(1832-1873)
Wanita Inggeris Mary Ann Cotton merupakan satu lagi pembunuh bersiri untuk keuntungan dari duit insuran. Berkahwin pada 20 umur dengan William Mowbray, pasangan pengantin menetap di Plymouth, Devon.
Pasangan itu mempunyai lima orang anak, empat daripadanya meninggal dunia akibat 'demam gastrik dan sakit perut'. berpindah balik ke utara-timur, tragedi seolah-olah mengikuti mereka; tiga lagi anak-anak yang dilahirkan juga meninggal dunia.
William suami Mary juga mati akibat 'gangguan usus' pada bulan Januari 1865. British Prudential segera membayar dividen £ 35. Suaminya yang kedua, George Ward juga meninggal dunia akibat masalah usus serta salah satu anaknya juga meninggal.
Akhbar tempatan mendapati bahawa Mary Ann sering berpindah sekitar utara England, dia kehilangan tiga suami, kekasih, kawan, ibunya dan anak-anaknya, semua mati dengan masalah dalam perut. Pihak berkuasa menyiasat kes Mary Ann dan menganggap sesuatu yang tidak kena dengan keluarga itu. Mary Ann ditangkap disyaki meracun mangsa untuk dapatkan duit insuran.
Beliau telah digantung di Durham County pada 24 Mac, 1873, atas pembunuhan dengan racun arsenik.
Labels:
Macam-Macam
Saturday, January 5, 2013
Macam-Macam - Rumah Sewa
Rumah Untuk Disewa.. Berminat? Sila Lihat di Bawah
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Labels:
Macam-Macam
Friday, December 23, 2011
Macam-Macam - Memalukan Agama dan Bangsa
Tahniah kerana menghancurkan harapan ibu bapa dan pihak yang memasang harapan tinggi terhadap anda di dunia neh. Lihat bawah neh ;
Cukuplah tiga gambar neh. Walaupun aku tiada kaitan dengan arif neh tapi aku tetap merasa sedih dengan apa yang dilakukan oleh arif. Itu baru aku, sebagai orang luar. Belum lagi ibu bapa arif, individu yang paling sayangkan arif di muka bumi neh. Hanya Allah swt je tahu perasaan kedua ibu bapa dia di atas perlakuan "pelik dan songsang" si arif neh.
Untuk rekod, gambar neh bukan gambar curi. Laki dia sendiri [yeke laki? tah larh.. takan nak panggil bini pula ye tak?] yang mendedahkan gambar2 neh di blog / website peribadi sendiri. Dah dia sendiri sebar sebab tue orang tahu. Sebenarnya kebetulan dua, tiga hari lepas bapa dia masuk paper memberitahu tentang kehilangan anak dia.
Dia bimbangkan akidah anak dia. Yang sebenarnya mereka lost contact sejak tahun 2009. Cuma maybe baru sekarang bapa dia bersedia untuk share perkara neh dengan orang luar. Makna nya awal2 dia dapat rasakan sesuatu. Sedih bapa dia.
Kalau ikut bahasa jahat nak aje aku maki hamun si arif neh.. tapi bila fikir2 balik maybe suatu hari bapa dia ataupun ahli keluarga dia yang lain akan terbaca story neh mesti rasa sedih sangat2. So pls larh kekawan, jaga bahasa kita. Memang kita geram lihat perlakuan arif, tapi janganlah bahasa2 kita menguriskan pula perasaan keluarga arif yang kita semua tahu adalah mereka yang paling tertekan dan sedih pada waktu neh.
Buat arif, sebagai seorang pelajar yang cemerlang, kenapalah pilih hidup macam neh? Kenapa lah nak sedihkan perasaan keluarga sendiri dan mereka2 yang memasang harapan tinggi terhadap arif? Untuk rekod korang, arif neh pelajar yang betul2 bijak. Dia pernah mendapat tajaan petronas untuk sambung belajar ke luar negara.
Tapi petronas dah membatalkan tajaan tersebut. Yang menanggung kesemua kos yang pernah petronas keluarkan dulu sekarang neh ialah bapa arif sendiri. Sudahlah menyedihkan keluarga sendiri, tinggalkan hutang pula. Apa lah kering sangat ahti ko neh arif.
Kalau ko terbaca neh arif, tolonglah, kalau ye pun benci sangat pada keluarga sendiri, tolonglah jumpa mereka buat kali terakhir. Sementara mereka masih hidup, sementara ko masih hidup, jumpalah mereka buat kali terakhir.
Sekurang2nya biarlah depa meluahkan apa yang mereka rasakan selama ko menghilang dan baru2 neh telah pula berkahwin dengan seorang lelaki. Fikirlah arif, tanpa jasa mak bapa ko bukan sapa2. Ko boleh putuskan hubungan dengan seme manusia di dunia neh tapi bukan dengan mak bapa dan ahli keluarga sendiri. Fikirlah masak2 arif. Kejam pun sepatutnya ada limit arif, apatah lagi pada keluarga sendiri. Sekian.
Sumber - Dari
Labels:
Macam-Macam
Macam-Macam - Juara Dunia Onani – 9 Jam 58 Minit!
Anda tahukah ada satu pertandingan yang dinamakan “Masturbate-a-thon” yang disertai peserta lelaki dan wanita yang beronani secara terbuka di khalayak umum!
Ia diadakan di Amerika Syarikat dan Denmark sejak lebih 10 tahun lalu dengan alasan untuk mengumpul dana bagi aktiviti seks yang sihat.
Dan pemenang rekod sehingga kini ialah lelaki Jepun bernama Masanobu Sato Masanobu yang melakukan onani selama hampir 10 jam di 9th Annual Masturbate-a-thon yang diselenggarakan oleh Center for Sex & Culture.
Rekod itu dicipta pada tahun 2009.
Sebelumnya di acara yang sama pada tahun 2008, dia menciptakan rekor melakukan masturbasi atau onani selama 9 jam 33 minit.
Manakala pada 2009 dia memecahkan rekor baru dengan melakukan onani selama 9 jam 58 menit atau hampir mencapai 10 jam. Sehingga kini belum ada sesiapa yang mampu memecahkan rekod Masanobu.
Rekod terdahulu yakni sebelum Masanobu ialah 5 jam 33 minit.
Masanobu bukanlah seorang yang pemalu.
Juara dua kali itu mula beronani selama dua jam setiap pagi ketika teman wanitanya melakukan aktiviti harian.
Tetapi wanita itu sedikit pun tidak terganggu dengan perilaku Sato. Malah kadang-kadang wanita itu membantunya menjaga masa prestasi.
“Dia banyak berusaha, dan saya pula mempunyai hobi saya sendiri,” jelasnya dalam satu klip video.
Mementingkan kepuasan sendiri bukanlah perkara mudah. Rupanya, terdapat beberapa latihan sebenar yang diperlukan semasa bersedia untuk pergi lebih jauh.
“Saya berenang dua kali seminggu dan berusaha menambah 5 kilogram otot badan,” dia memberitahu San Francisco Weekly melalui emel. “Ia banyak membantu saya juga, dalam bentuk stamina.”
“The Masturbate-a-thon” ialah satu acara tahunan yang ditaja oleh Center For Sex and Culture di San Francisco, di mana acara tersebut diadakan di satu tempat yang dinamakan “masturbatorium”.
Jika seseorang lelaki mengambil bahagian dalam pertandingan, dia mesti kekal terangsang tanpa memancut untuk seberapa lama yang boleh, jelas satu artikel 2010 dalam akhbar San Francisco Weekly.
Ada kalanya, acara tersebut menarik lebih banyak lelaki daripada wanita, yang boleh membuatkan sesetengah peserta hilang minat
Sumber - Dari
Labels:
Macam-Macam
Thursday, December 22, 2011
Wednesday, December 21, 2011
Macam-Macam - Wanita oh Wanita
Kalau nak Cepat pun..ingat2 la nozel minyak tu....
Nak bawak ke mana la Pam Minyak tu....
Anggun dan Bergaya kan???
Adoi la....Tergolek Juga...wahahahaha
Akak bwk Kereta Kebal Apa???
Ni Kalau Kat Malaysia Confirm Dah kena Sambar..Rezeki la katakan
Nak Tanggkap Gambar sendiri ker???
Adoi.. tak sengaja tok..hahaha
Up..Up The way..
Hahahah..lagi kes Nozel Minyak
Minyak abis la pula kan...????
Tapi... yg best tu..apa benda yang kat tanggan dia tu....
Sumber - Dari
Labels:
Macam-Macam


















.jpg)
.jpg)
.jpg)
























