TERIMA KASIH KERANA MELAWAT BLOG U&Me 2013

Tuesday, December 22, 2009

Kekurangan Zat Makana Dalam Diri Remaja

Kenapakah pemakanan penting untuk anda?

  • Anda bukan sahaja matang dari segi fizikal tetapi juga dari segi psikososial dan kognetif.
  • Anda juga mungkin terdedah kepada pengambilan nutrien yang tidak mencukupi akibat :
    • Waktu makan yang tidak teratur dan mengambil makanan ringan.
    • Kerap melangkau waktu makan.
    • Makan di luar seperti di restoran.
    • Mengikuti kaedah diet alternatif tertentu.
  • Oleh itu, anda mungkin mengalami kekurangan zat-zat mikronutrien perlu seperti Zat Besi, Zink, Kalsium, Folat and Iodin.

Apakah yang menyebabkan berlakunya kekurangan zat makanan?

Kekurangan zat makanan di kalangan remaja boleh berlaku akibat :

  • Pengambilan makanan yang tidak mencukupi.
  • Penyerapan yang tidak baik.
  • Peningkatan keperluan dan kehilangan nutrien.
  • Penggunaan nutrien yang tidak baik oleh badan.
  • Infeksi/jangkitan kuman.
  • Kemiskinan.
  • Pantang larang dalam pengambilan makanan.

Apakah kekurangan zat makanan yang biasa berlaku di kalangan remaja?

Kekurangan zat-zat makanan yang sering berlaku adalah :


ZAT BESI

Fungsi zat besi

  • Zat besi adalah penting untuk anda.
  • Ianya amat penting dalam metabolisma tenaga.
  • Zat besi diperlukan untuk membina jisim otot bagi lelaki.
  • Bagi perempuan, penambahan keperluan zat besi sehingga 10% diperlukan akibat kehilangan darah yang berlaku semasa haid dan keperluan yang normal bagi pertumbuhan yang baik.
  • Disebabkan keperluan yang berlainan, maka saranan zat besi yang perlu diambil adalah berbeza antara lelaki dan perempuan.
Jumlah zat besi yang diserap oleh tubuh bergantung kepada jumlah penyimpanan zat besi dalam badan, amaun dan jenis zat besi dalam sajian harian mereka.

Kekurangan zat besi

  • Kekurangan zat besi akan menyebabkan :
    • Aktiviti fizikal terjejas.
    • Gangguan kognitif .
    • Perkembangan mental terjejas.
    • Mengganggu proses kehamilan.
  • Kekurangan zat besi boleh menyebabkan berlakunya Anemia .
  • Anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi boleh menjejaskan sistem imunisasi tubuh dan mengurangkan system pertahanan badan terhadap infeksi. Ia juga akan menjejaskan daya ingatan dan tugasan harian anda.

Sumber


- Terdapat 2 jenis zat besi dalam makanan iaitu zat besi hem and zat besi bukan hem.
- Zat besi hem diperolehi daripada sumber haiwan seperti daging, ayam dan ikan.

- Zat besi bukan hem boleh diperolehi daripada sumber tumbuh-tumbuhan seperti sayur-sayuran berdaun hijau, bijirin dan kekacang.
Pilih makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi dalam hidangan harian sihat anda!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers